Saturday 13 October 2012

Sejarah Sekolah



LOKASI SEKOLAH

Sekolah kebangsaan LKTP Chalok Barat terletak di Mukim Caluk di Daerah Setiu. Terletak di Kawasan yang dibuka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. Lokasi 3.4 Kilometer dari KM 48 jalanraya utama Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Jarak dari Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu ( JPNT ) ialah 60 Kilometer. Jarak dari Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ( PPDS ) ialah 17 kilometer.

Keluasan kawasan ialah 2.885 hektar. Dihubungi dengan jalanraya bertar. Dikelilingi oleh perkampungan penduduk FELDA Chalok Barat. Mendapat bekalan elektrik pada awalnya dengan generator khas dari 7ptg hingga 7pg dan bekalan air yang mencukupi. kini bekalan elektrik, air, kemudahan telefon awam telah disediakan.


NAMA SEKOLAH ( ASAL USUL )

Sekolah Mendapat nama bersempena dengan nama tanah rancangan ini yang dibuka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ). Perkampungan ini terletak di bahagian Barat Mukim Caluk.

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1971. Manakala sesi persekolahan bermula pada tahun 1972. Pelajar pertama yang mendaftarkan diri ialah Nor Nana @ Rohana Binti Salleh, No.Surat Beranak : 193894. Bermula dengan sebuah bangunan dan tenaga pelajar seramai 5 orang termasuk Guru Besar.

Manakala pelajarnya seramai 65 orang. Sekolah ini beroperasi dengan jayanya dan merupakan salah sebuah sekolah berprestasi dengan jayanya dan merupakan salah sebuah sekolah berprestasi tinggi di Daerah Setiu.


TARIKH DIBUKA DAN PERASMIAN

Sekolah ini Menerima pendaftaran murid pada 13 Januari 1972. Kemudian sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari semasa ke semasa seiring dengan pertambahan penduduk Felda Chalok Barat.

Sekolah ini dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Amar Di Amar Di Raja, Menteri Besar Terengganu ketika itu pada 7 Oktober 1987 bersamaan 14 Safar 1408 hijrah.





0 comments:

Post a Comment